Thursday, January 31, 2013

Pengeluaran Jemaah Januari 2013


Januari 2013

3Hari
1 Bidara +Poli ke Spg Tiga Keladi 11, 12 Jan
2 Kilang Lama + Poli ke Seri Mahkota 18, 19, 20 Jan
3 Selasih +Madrasah ke Darul Aman 18, 19, 20 Jan
4 Rambai +Haruan+MSI ke PKNK 19, 20, 21 Jan
5 Spg Tiga Keladi ke Emas Perak 21, 22, 23 Jan
6 Selasih ke Kulim Utama 26, 27, 28 Jan

3H Masturat Jitra ke Kilang Lama 18, 19, 20 Jan

Rut Jemaah 40H - Amir Salmi
Masjid Ayer Merah 19, 20, 21 Jan
Belian 22, 23, 24 Jan
Kemuning 25, 26, 27 Jan
Haruan 28, 29, 30 Jan
Padang Tembak 31Jan, 1 , 2 Feb
Kilang Lama 3, 4, 5 Feb



Thursday, January 24, 2013

Mahabbah dan Ittiba'

Apabila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah, yakni apabila seseorang itu bersaksi bahawa Tiada yang layak disembah selain Allah, dan Muhammad sallallahu alaihi wasallam itu Pesuruh-Nya, maka di antara perkara-perkara yang perlu diusahakannya ialah mewujudkan Mahabbah dan Ittiba'urRasul di dalam dirinya.

Adapun Abu Talib itu ada memiliki Mahabbah tetapi tiadalah dia mahu Ittiba'. Padahal para Munafiquun memiliki ittiba' di mana (antaranya) mereka turut bersolat secara berjemaah dan berjihad di jalan Allah, namun di dalam hati mereka tiadalah kedapatan akan Mahabbah terhadap Rasul Allah.

Maka telah masyhurlah kepada kita bahawa kedua-dua individu tersebut adalah digolongkan di kalangan orang-orang yang gagal.

Jika kita mahu, kita bolehlah meringkaskan Ittiba'urRasul itu kepada 3 jenis, iaitu Surah, Sirah dan Sarirah.

Surah - penampilan diri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sirah - perjalanan hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dari bangun tidur hingga tidur semula.

Sarirah - Kerisauan (hati) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, yakni bagaimana setiap Jin dan anak cucu-cicit Nabi Adam alaihissalam ini, sama ada daripada bangsa Amerika, Eropah, Arab, Afrika atau Asia, semuanya dapat terselamat daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.